Tuesday, February 2, 2010

Artikel

Salam, baca dan komenlah artikel ni ye..

artikel

7 comments:

  1. Artikel ini membincangkan mengenai hubungan antara motivasi, gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik Tambahan pelajar tingkatan 4. Motivasi merupakan perkara yang penting dan utama dalam meneruskan pembelajaran. Setiap pelajar mempunyai gaya yang tersendiri dalam mempelajari Matematik Tambahan. Tambahan pula, Matematik Tambahan merupakan 'killer subject' yang perlu diambil oleh pelajar. Oleh itu, setiap pelajar perlu mempunyai motivasi , dorongan dan galakan yang tinggi dalam mempelajari subjek tersebut.
    maka dapatlah disimpulkan, setiap pelajar perlu mengamalkan gaya pembelajaran yang pelbagai dan tidak terikat hanya 1 gaya pembelajaran sahaja. Pelajar yang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi lebih jika dibandingkan dengan motivasi luaran. Gaya pembelajaran yang sesuai dan berkesan jika diamalkan dapat membantu pelajar memperolehi pencapaian yang tinggi dalam Matematik Tambahan.

    ReplyDelete
  2. Artikel ini membicarakan tentang hubungan antara motivasi,gaya pembelajaran dengan pencapaian matematik Tambahan pelajar tingkatan 4.Dalam mencapai kejayaan dalam sesuatu subjet,2 perkara ini adalah sangat penting dan saling berkait untuk menentukan sesuatu kejayaan itu dapat di capai.Setiap pelajar mesti memp mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya.Selaras dengan itu,gaya pembelajaran yang berkesan juga adalah amat penting bagi memperolehi sesuatu kejayaan

    ReplyDelete
  3. artikel ini membicarakan tentang perkaitan antara motivasi,gaya pembelajaran dengan pencapaian Matematik tambahan.Kebanyakan pelajar sangat takut untuk mengambil subjek ini dalam SPM mereka,kerana katanya subjek ini bakal meosakkan sijil mereka.Namun,mereka harus tahu bahawa subjek ini boleh membantu membuka peluang mereka memohon kursus2 yang kritikal di IPTA kelak.Dalam mendalami ilmu ini para pelajar harus memiliki daya motivasi yang tinggi disamping gaya pembelajaran yang menarik.Gaya pembelajaran yang berkesan dapat membantu pelajar berjaya dalam mata pelajaran ini.Oleh hal itu para pelajar perlu memiliki strategi yang sesuai meskipun pada mulanya para pelajar mungkin hanya bermula dengan motivasi ekstrinsit namun lama kelamaan mereka akan mula memiliki motivasi intrinsit dan seterusnya berjaya dalam mata pelajaran matematik tambahan ini.

    ReplyDelete
  4. salam..
    bidang sains dan teknologi memerlukan kepada mereka yg berkebolehan dalam mengasimilasi dan menilai maklumat dengan kaedah matematik.pembelajaran matematik tambahan dalam KBSM dirancang supaya matlamat untuk mencapai peningkatan dalam pengetahuan matematik,ketrampilan dan minat dalam matematik dapat dicapai.pelajar-pelajar yg berada di tingkatan 4 mula mempelajari subjek ini dan ia memerlukan konsentrasi yg tinggi kerana ia sedikit berbeza dengan matematik yg mereka pelajari sebelum ini.walaubagaimana pub, pelbagai program boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah atau guru untuk memastikan pelajar-pelajar tingkatan 4 khususnya,berjaya mengusai subjek matematik tambahan.

    ReplyDelete
  5. salam.bagi saya motivasi intrinsik merupakan faktor utama lejayaan seseorang pelajar di dalam mata pelajaran Matematik Tambahan Ting 4. mengambil contoh pelajar saya di MMP ting 4 yang belajar sambil lewa subjek SPM kerana tertumpu kepada peperiksaan SMU. mereka kurang beri tumpuan menyebabkan tahap pencapaian peperiksaan bagi bulan Mac, pertengahan tahun dan juga akhir tahun kurang memberangsangkan. Tetapi bukan semua yang bersikap begitu.bagi yang menyedari kepentingan belajar awal supaya tidak kelam kabut ketika peperiksaan SPM menjelang, pasti akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pembelajaran. guru-guru perlu peka dengan keperluan pelajar yang pelbagai latar belakang supaya gaya pengajaran sesuai dengan semua tahap penerimaan pelajar..

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum... saya bersetuju dengan artikel ini bahawa motivasi , gaya pembelajaran berkait rapat dengan pencapaian pelajar dalam matematik tambahan. Untuk mencapai kecemerlangan, setiap pelajar harus mempunyai semangat motivasi yang tinggi.. gaya pembelajaran yang berkesan juga mempengaruhi kecemerlangan dan penguasaan pelajar dalam matematik tambahan...

    ReplyDelete
  7. saya amat setuju bahawa pencapaian pelajar didasarkan oleh faktor motivasi intrinsik ,gaya pembelajaran aptah lagi matematik tambahan merupakan pelajaran yang sangat sukar dikuasai kecuali mereka benar-benar tabah,sabar,menggunakan kaedah pembelajaran yang berkesan dan bermotivasi tinggi....

    ReplyDelete